Wednesday, April 20, 2016

Menanti Cinta Sejati


|| JODOH ||

Dia datang mengisi rasa,
Rasa yang dicari oleh seorang jejaka.
Yang didambakan selama ini,
Dialah permata yang dicari.
Dulu orang kata, "couple la bro,
itu cara nak cari isteri."
Aku cuba, dan aku jumpa.
Aku jumpa kegagalan, kehampaan.
Bagaimana mungkin jumpa cinta halal,
Jikalau caranya haram, lagi tiada redha Ilahi?
Aku cuba dan terus mencari,
Mencari-cari dan terus mencuba.
Dengan kuasa pemilik langit tujuh petala,
Aku jumpa dia.
Cinta berputik buah,
Aku luah, dengan maruah.
Aku jumpa mak ayah.
Lalu kata aku ingin nikah.
Setebal mana pun petala-petala bumi,
Tebal lagi cinta aku kepada dia.
Sebab itu aku pilih untuk ucap akad nikah,
Bukan cinta dengan cara haram.
Jika benar cinta, aku tidak akan merosakkannya.
Rosakkan dengan tidak jaga ikhtilat.
Punahkan dengan selalu tidak jaga pandangan.
Hancurkan dengan selalu zina hati.
Ini kah definisi cinta kau?
Percayalah, kau tertipu!
Jika benar, halalkan cinta dengan nikah,
Bukannya terus rosak punahkan maruah dia.
Tidak akan tebal cintaku ini,
Nipis, bahkan kalah kulit bawang.
Jika aku tidak cinta dia kerana Dia.
Semata-mata kerana sang pencipta Cinta.
Aku lemah, cinta aku rapuh.
Kerana Dia, aku kuat mencintaimu.
Wahai isteri sedunia, kamu semua amanah kami,
Tidaklah dinamakan cinta jika kita tidak ingin bersama hingga Syurga.

#JadikanPkrYgLpsSbgPengajaran
#AllahMasihSayang

No comments:

Post a Comment