Thursday, August 6, 2015

siapa kita utk mempersoalkan???

bila terjadi sesuatu ke atas diri kita pasti kita tertanya kenapa terjadi kat aku?? kenapa mesti aku terima semua ni?? kenapa dan kenapa dan kenapa??

soalan yang tiada jawapan pasti. soalan yang jawapannya mungkin ini ujian buatku. soalan yang jawapannya mungkin Allah nak tegur aku atas perbuatan aku. soalan yang jawapannya mungkin Allah nk didik aku sabar, redha atas ketentuannya.

ya, jawapan yang paling menyenangkan hati, Allah dah aturkan segalanya untukku. segala yang terjadi dari ketentuanNya. cukuplah setakat ni je. selebihnya serah pada Allah.

moga hati ini sentiasa tenang dan tabah menghadapinya.