Friday, May 6, 2016

Cerita Hati

Dahulunya kita jahil,
Kita lupa adanya Dia,
Dia selalu perhatikan kita,
Tapi kita sentiasa alpa,
Kita terlalu asyik dengan cinta,
Sampai kita lupa pada pencipta cinta,

Dengan tiba-tiba ujian dtg,
Dahulunya syg kini tidak,
Dahulunya rindu kini tidak,
Dahulunya saling berhubung kini tidak,
Namun Dia masih beri peluang kpd kita,
Untuk kita sedar akn perbuatan kita,
Untuk kita kembali pada jln Dia,

Sekarang kita kembali kpd Dia,
Dengan harapan mendapat restu dariNya,
Menanti diri utk disayangi dan menyayangi,
Dengan adanya redha dariNya,
Hati mohon jgn lama bersedih,
Percayalah hidup kita adalah pilihan Dia,
Dan pilihan Dia adalah terbaik buat diri kita.

#RoadBackToAllah #AllahMasihSayang 💞

Saturday, April 23, 2016

Setiap Saat.......

Saat aku tak kuat, aku tahu Allah sentiasa ada untuk aku.
Saat aku diuji, aku sedar Allah mahu tegur aku.
Saat aku kecewa, aku yakin harapan itu perlu pada Dia shj.

Hati terus meronta, Kaki harus terus melangkah.
Sungguh aku tak kuat, Tapi aku mesti kuat.
kerana disebalik pengharapan, pasti ada kebahagiaan.


Wednesday, April 20, 2016

Menanti Cinta Sejati


|| JODOH ||

Dia datang mengisi rasa,
Rasa yang dicari oleh seorang jejaka.
Yang didambakan selama ini,
Dialah permata yang dicari.
Dulu orang kata, "couple la bro,
itu cara nak cari isteri."
Aku cuba, dan aku jumpa.
Aku jumpa kegagalan, kehampaan.
Bagaimana mungkin jumpa cinta halal,
Jikalau caranya haram, lagi tiada redha Ilahi?
Aku cuba dan terus mencari,
Mencari-cari dan terus mencuba.
Dengan kuasa pemilik langit tujuh petala,
Aku jumpa dia.
Cinta berputik buah,
Aku luah, dengan maruah.
Aku jumpa mak ayah.
Lalu kata aku ingin nikah.
Setebal mana pun petala-petala bumi,
Tebal lagi cinta aku kepada dia.
Sebab itu aku pilih untuk ucap akad nikah,
Bukan cinta dengan cara haram.
Jika benar cinta, aku tidak akan merosakkannya.
Rosakkan dengan tidak jaga ikhtilat.
Punahkan dengan selalu tidak jaga pandangan.
Hancurkan dengan selalu zina hati.
Ini kah definisi cinta kau?
Percayalah, kau tertipu!
Jika benar, halalkan cinta dengan nikah,
Bukannya terus rosak punahkan maruah dia.
Tidak akan tebal cintaku ini,
Nipis, bahkan kalah kulit bawang.
Jika aku tidak cinta dia kerana Dia.
Semata-mata kerana sang pencipta Cinta.
Aku lemah, cinta aku rapuh.
Kerana Dia, aku kuat mencintaimu.
Wahai isteri sedunia, kamu semua amanah kami,
Tidaklah dinamakan cinta jika kita tidak ingin bersama hingga Syurga.

#JadikanPkrYgLpsSbgPengajaran
#AllahMasihSayang

Monday, April 18, 2016

Catatan Buat Hati

Hati...
Selalu berubah keputusan
Mungkin disebabkan sukar menerima ketentuan
Tapi selalu aku pesan pada hati
Segala yg jadi telah ditetatpkan ilahi
Mulanya kita rasa bahagia
Tapi segala bahagia hilang sekelip mata
Tanpa kita duga
Tanpa kita pinta
Siapalah kita utk mempersoalkannya
Apa yg perlu kita buat adalah menerima dgn redha
Apa yg Allah sudh tetapkan utk kita
Pasti akan jadi milik kita tanpa halangan drpd siapa
Dan apa yg bkn milik kita
Pasti tdk akn menjadi milik kita walaupun sudh dalam genggaman.